
Sambutan Hari Belia Negara
( SM Sains Batu Pahat
Tema: Yakin Boleh
Info ilmu :
Hari Belia Negara 2025 kini kembali lagi! . Hari istimewa yang disambut 15 Mei setiap tahun ini merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan belia kepada pembangunan negara.
Sambutan Hari Belia Negara kali pertama dilaksanakan pada tahun 1964 dan dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama merangkap Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sambutan Hari belia telah diteruskn setiap tahun dengan pelbagai pengisian program dan aktiviti di seluruh negara.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah bersepakat mendefinisikan umur belia adalah 15 hingga 40 tahun selepas Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Akta 688) diperkenalkan.
*pemuda tiang negara pemudi harapan bangsa*